Friday 15 July 2011

Fasal yang baru

Sedang hal berkait BERSIH dan pelbagai macam lagi soal sosio politik terus menarik minat dan semangat aku, malam ini dan mungkin lain-lain harinya aku ingin turut menulis soal peribadi.

Acapkali bila aku menulis di mana-mana medium pun, baik Inggeris mahupun Melayu, baik susunatur kata kemas mahu berterabur, aku biasa meluah rasa pedih, tragis dan kecewa. 

Dan sekarang, aku mahu cuba sesuatu yang baru. Mahu catit segala yang baik berlaku. Semoga bila dilihat balik akan timbul bait tentu.

Yang manis untuk hari ini; pagi biar bangkit sedikit lewat, syukur aku masih ada di sini. Sepagi mesyuarat, bersuara, berpendapat. Makan tengahari RM6.30 untuk 2 lauk, 1 sayur dan segelas sirap. Petang berpindah kubikel dan pulang. Mee Sedap memang sedap dan sekarang menonton The Daily Show dan ada cadang sambung baca Dr Asri 'Islam di Malaysia' versi Inggeris. Syukur.

Monday 11 July 2011

Lain padang, lain belalang


Foto yang pertama.

Ada mata melihat mamat ini selalu berfutsal. Gerakan kemas.

Ada mata nampak mamat ini disiden, kurang hajar nak ditendangnya canister tu dekat polis.

Ada pula yang celik lihat mamat ini cuma mahu alihkan gas pemedih mata dari terus menyakiti orang awam!

Penulis Pelancungan

Semalam, En. Azlie Halim ada menyatakan dalam tempoh yang sama tahun lepas, yakni pada bulan Julai 2010, pendapatan hasil kemasukan pelancung ke Malaysia adalah lebih kurang dalam lingkungan RM2 billion. Beliau ini sangat marahkan BERSIH kerana suspeknya ia boleh menjejas pendapatan sehingga 80% untuk sektor itu. Dari mana dia membuat andaian itu, saya tidak lah jelas. Harapnya, sebagai penulis, dia menulis dengan independen dan bila membuat simpulan, adalah dengan berlantaskan fakta dan figura. Tapi harap jangan lah pula bersumberkan syarikat RM300 ribu konsultansi fee untuk 1 akaun facebook. Syarikat sebegini "got money, will travel". Hehe... Jadi, saya tidak sabar menunggu tempoh 2-3 bulan lagi di mana hasil pendapatan akan di establish. Kalau tidak tunggu pun, kita tengok sahaja, Pak Arab sampai tak sini. Konsert-konsert jalan atau terbatal. 3 game persahabatan bola berlangsung atau tertunda. Tunggu dan lihat sahajalah termampu sekarang ini.


Bermain api

Secara peribadi, aku tidak lah beriya sangat dengan perkembangan terkini negara pun. You can call me pacifist or anything you'd like to. Aku memang sedari dulu percaya manusia akan sentiasa bertelagah dan punya pendapat. Itu sebetulnya something to celebrate! Cuma of late, aku terasa perlu bermain api. Terutama jika aku merasa ada pincang di posisi sana. Be it, pro kah, anti kah, kah kah kah, kah. 

Mark Twain, yang tulis Tom Sawyer tu, pernah menulis, "Baik kamu tutup mulut dan biarkan orang fikir kamu bodoh dari buka mulut dan hilangkan segala sangsi (akan kebodohan kamu)". 


Presiden ke-16 Amerika Syarikat pula pernah berkata, "Kadang-kadang kau boleh perbodoh semua orang pada satu-satu masa dan se-setengah orang pada semua masa. Tapi, kau takkan dapat perbodoh semua orang pada semua masa".

Jangan risau, aku tau semua percakapan dan perbuatan kita ini boleh jadi double-edged sword. Menikam dan ditikam. Abang sepupu aku, Bruce Lee sudah pesan, "Amarah boleh bikin kau senang-senang je nampak bodoh". 


Kids on the... eh, dah nak kiok rupanya.

Bila dikata KIDS ON THE MOVE, dia bermaksud secara literal, KANAK-KANAK DALAM MOTION BERGERAK. Secara ilmiah pula boleh dikata mereka yang progresif, bukan dari segi musik sahaja, malah dan yang utama, dari segi pemikiran. Tidak kolot dan mudah terpengaruh dengan doktrin-doktrin basi yang banyak berkiblatkan sumber media utama dan punya upaya berfikiran kritikal dan kreatif. 


Ini bukan satu attack peribadi, tetapi terbit dari rasa perlu untuk menyedia hujah. Siapa mamat ini bukannya aku kenal mana pun. Setuju atau tidak, sendiri fikirlah! Kalau masih tak berpuas hati, ayuh debat secara bijaksana. Kalau nak gunakan senjata, ingat-ingatlah! Aku ini bukan gangster!

1 - Tumbang kerajaan lama,tumbuh kerajaan baru yg corrupt lg satu,politik mmg xpernah bersih, bersyukur jela ngan ape yg ade skang ni.

Exactly! Aku setuju dengan statement ini. Cuma aku was-was, apakah bermakna kau idamkan dunia socialist atau utopian communism? Apa aku maksudkan adalah total freedom from any sort of governance. Bukannya dictatorship yang mengguna nama sosial dan komunis. Jikalau iya, welcome to my world of dreamers! Tetapi jika demokrasi pilihan kita, atau jika bukan pun, kita memilih atau terpaksa hidup dalam masyarakat yang memilih jalan itu, maka jika kita ada rasa tanggungjawab, maka pilihanraya adalah caranya. Hasil dari piliharaya, akan muncul pemenang. Pemenang akan jadi pemerintah. Pemerintah akan ada yang sikapnya adil dan akan ada cebisan dari puaknya, menjadi penggila harta dan kuasa. Korupsi akan mula menular. Barah akan semakin parah. Itu kita bercakap soal after effect. 

Rakyat sebagai doktor ada kuasa untuk buang barah itu. Operation mungkin berkali-kali. Pesakit (read: negara) boleh jadi makin sembuh mahupun makin tenat. Umur pesakit boleh jadi dilanjut mahupun dikerat. Sampai masanya, pesakit akan mati. Umurnya boleh menjangkau ratusan malah ribuan tahun. Tetapi umurnya juga boleh cuma tinggal beberapa tahun. Patah tumbuh, hilang berganti.

Mengerti? Kembali pada soal tadi, kerap kali kita cuba dikata tidak bersyukur. Jujur, sikap itu lah menunjukkan mereka yang tidak bersyukur. Nampak, tahu dan terkadang terasa tempiasnya, tetapi cukup malas untuk cuba memberi tangan membantu membaikpulih. Need to say more, huh?

2 - Xnmpk pun ape kerajaan baru buat?selangor contohnye,ade ape?makin tmbah hutang negeri,pemimpin mcm lembu,makin tambah rumah urut plak kat shah alam,haha,jgn smpi negara tergadai dah la,cube check latar belakang ambiga sebelum menyokong.

Panjang lebar jadinya nanti. Dikata pula penyokong tepu PR mahupun PKR. Tetapi kau beritahu yang lain mintak check siapa Ambiga. Boleh kau bagi profile siapa Ambiga? Hak hak hak... 

Rumah urut di Shah Alam? Berikan alamat dan di seksyen berapa. 

Ini bercakap orang tak faham perlembagaan. Bercakap orang tidak faham bagaimana state dan federal berfungsi. Bercakap tidak tahu apa bidang kuasa yang itu dan yang ini. Bercakap tempayan kosong.  Bercakap orang bodoh dan sombong. Sebab kalau orang yang berniat untuk belajar, caranya halus dan tulus. Bertanya dan menyoal.


3 - Baru sikit tanjung pagar,dari us ngan nwo masuk campur besok xpsal2 tergadai negara,kesian yg kite jd kuda,yg menunggang org lain,tula,kaji dulu ambiga tu,ade dgr x cina ngan india sibuk nak pg bersih besok?xdekan?sebab diorg tepuk tgn kat rumah,lg satu xlama lg malaysia ni akan jd negara liberal,itu tujuan diorg

Wahai si bijak, negara memang sudah lama "tergadai". Tahu apa itu FDI? Tahu apa itu DTA? Tahu apa itu repatriation? Tahu apa itu tax holiday? Huh. USA, NWO (new world order? wow! - panjang kalau mahu menulis soal ini, tapi since kamu bijaksana, cuba terangkan secara ringkas what makes you think we are yet not part of those who conspire?)? Kuda? Kita sudah lama dikuda KFC, Pepsi, Cola-Cola, McD, hardcore, punk, K-pop, World Cup, rare earth, kilang electronics, western digital blah blah blah...Itu kalau mengikut tafsiran kamu soal BERKUDA ini lah. Haih. Dan separuh jalan ni terasa macam perabih beras plak menulis.


4 - Tu pasal aku suh kaji dulu,haha,satu je aku tanye nape bangsa lain x campur benda ni?and kenapa bersih ni nk buat kat area org melayu?tu pasal kaji dulu,mmg semangat nk bersihkn politik,ape2 kerajaan mmg corrupt,tp kalau yg memimpin bersih ni org yg betul aku pun sokong,tu pasal aku suh kaji dulu,oh ambiga adalah salah sorg yg paling berusaha utk menegakkan hak kebebasan agama kat malaysia ni,paling anti islam dan paling sokong kes lina joy,so??????

Malas la panjang-panjang. You tengok lah sendiri, semua kaum ada. Bangla dan Nepal pun ada. Auch... Anti betul you dengan Ambiga ye. Auch...

5 - Yela hak masing2,ni point diorg nk bg melayu bertekak sesame sendiri,haha,aku just share ape yg aku tau,bak terima or x terpulanglah :)

Melayu? Tak selesai lagi? 


Bukan niat mahu menyampuk, tapi terpanggil untuk berkongsi. Aku pun macam kau, just nak share apa yang aku betul-betul tahu, bukannya sekadar "tahu". Kalau benda yang aku tak tahu, aku mahu juga belajar. Kalau salah, aku betulkan. Setuju atau tidak, bukan pokoknya. Tetapi hidup aku paling-paling pun 60-70 tahun. Aku tak mahu tinggalkan generasi bawah aku, dunia yang arrogant dan ignorant. Itu sahaja. 

Pengulangan Pembodohan, Pemerkosaan Perikemanusiaan

Boleh pula dikata acara berhimpun kelmarin mengalih pandangan kita dari isu Gaza.

Boleh pula dikata nanti akan dibuat pula muka laman facebook 1 juta menyokong PM 1Malaysia.


Wahai Tuan yg bijak pandai, Gaza tetap Gaza, pemilu yan bersih tetap pemilu yang bersih. Gaza untuk kelangsungan hidup, pilihanraya yang bersih, bebas dan adil juga untuk kelangsungan hidup! Konteks zahiriah mungkin berbeza, namun apa yang dicita di Gaza dan di Kuala Lumpur adalah yang sama. Jangan hendak dibutakan mata! Latar politik Kuala Lumpur pun buta, apatah lagi di Gaza! Tuan memang bijak, tapi kalau terus membodoh menyombong, apa pun susah! 

Silalah dibuat muka laman tersebut. Mungkin setengah juta fee konsultan mencukupi! Ptuuihh!!! 

Sunday 10 July 2011

Kebodohan Media Massa Utama

Pertama, aku secara peribadi sentiasa ada rasa musykil dengan mana-mana media pun, baik arus utama mahupun sebaliknya. Banyak kali di kesan berita ke laut. Namun, sekarang aku cuma ingin bagi contoh simple yang mungkin kita terlepas pandang. Dalam breaking news NST dikhabarkan segala yang burok dan jijik akan aktiviti BERSIH. Mengganggu keamanan, merosak perniagaan, etc.etc. Malah seorang DOKTOR FALSAMPAH dari USM turut menulis tentang pemerhatian beliau akan perjalanan BERSIH. Aku gagal ke sana atas sebab kenduri perkahwinan teman rapat. Tetapi melalui informasi teman-teman rapat yang berjaya menaiki LRT (yang konon diberhenti perkhidmatan!), berbasikal, berjalan kaki ke pusat ibu kota, malah mengikut logik akal tanpa perlu memihak-mihak, penulisan beliau jelas sampah. Apa BERNAMA yang sepatutnya jadi pemangkin dunia journalism tempatan juga lebih pentingkan kenyang perut dan tahu sembah tuhan duit sahaja? Atau masing-masing risau kerjaya di hujung tanduk? At least, jika jujur, sebarkan lapuran baik dan buruk. Cuba BELAJAR jadi independent. Bantu sampaikan pro dan kontranya. Jadi objektif!

Cuma yang funny nya, BERANI pula NST sebarkan berita kota Bangkok terpilih World Best City 2011. Eh, bukankah di Bangkok, sehingga baru-baru ini pun, puak baju Merah dan baju Kuning terus bertelagah. Jalanraya terus diguna sebagai medan meluah pandangan dan menyeru sokongan? Awkward I must say wahai kamu golongan yang "bijak pandai"! 

Saturday 9 July 2011

Renung-renungkan

Seorang pejuang demokrasi ulung di dekad yang lepas pernah berkata, "Untuk jadi bebas itu bukan sekadar dengan meleraikan besi pengikat seseorang, akan tetapi untuk hidup dengan cara hormat dan menambahbaik kebebasan untuk yang lainnya. 

Tambah lagi, antara laungan berbisa beliau dalam menolak penindasan, "Tiada jalan mudah untuk kebebasan biar di mana pun, dan ramai antara kita harus dan akan melintasi lembah bayangan maut berulang kali sebelum tiba di puncak cita-cinta".

Beliau yang di maksudkan itu adalah Nelson Mandela.

Marahkan nyamuk, kelambu dibakar

Marah sungguh teman-teman saya bilamana hak mereka dilanggar. Hak untuk stay di pejabat hingga lewat malam. Hak untuk sampai ke rumah dari PJ ke Shah Alam dalam tempoh kurang sejam. Hak untuk menonton wayang. Hak untuk keluar malam. Hak untuk ke disko. Hak untuk berparti. Hak untuk menaiki kenderaan awam. Hak untuk ke BB dan Pavillion. Hak hak hak...

Friday 8 July 2011

Komunis dan Kristian

Unsur komunis menyerap semula ke dalam negara!

Kristian cuba mengambil alih urus tadbir negara!

Bukan, aku bukan berbicara soal finding polis kita yang hebat itu dalam menangani disiden yang cuba memporak perandakan keamanan masyarakat marhain yang suka membuta, menuli dan membisu ini.

Hujung April yang lepas, buat yang alpa, Premier negara China, negara KOMUNIS terbesar dan terutama dunia baru sahaja mendapat layanan karpet merah dari PM 1Malaysia and co. Antara intipati pertemuan adalah untuk dikembangkan pelaburan dan kemasukan China ke dalam negara.


Iya, tepat sekali! Unsur komunis SEDANG menyerap semula ke dalam negara!

Juga, dengan keadaan negara yang sedang kalut dengan pelbagai ketidaktentuan, rakyat kecil dimomokkan dengan api kebencian, ditakutkan dengan sekatan, ditelanjangkan dengan ketidakbebasan berpakaian, PM 1Malaysia dengan selesanya masih mahu ke luar negara. Bukan calang-calang agendanya kali ini. Salah satu pertemuan utama adalah dengan Pope, Ketua Rasmi Agama Kristian di muka bumi! Sudah tentu antara intipati perbincangan mereka, selain daripada topik tidak kemana, soal Palestin dan sebagainya, Pope juga sudah tentu akan menasihatkan PM 1Malaysia tentang kegusaran beliau dengan cara urus tadbir negara ini.


Iya, tepat sekali! Kristian AKAN cuba mengambil alih urus tadbir negara!


Tapi, ah... Sukar aku nak katakan tentang pemimpin agama ini. Banyak yang pentingkan diri sendiri. Hukum halal haram sesuka hati.

Apa yang pasti, ringkasnya, lihat betapa senangnya soal yang mudah diseleweng seperti di atas. Kan?