Monday 11 July 2011

Bermain api

Secara peribadi, aku tidak lah beriya sangat dengan perkembangan terkini negara pun. You can call me pacifist or anything you'd like to. Aku memang sedari dulu percaya manusia akan sentiasa bertelagah dan punya pendapat. Itu sebetulnya something to celebrate! Cuma of late, aku terasa perlu bermain api. Terutama jika aku merasa ada pincang di posisi sana. Be it, pro kah, anti kah, kah kah kah, kah. 

Mark Twain, yang tulis Tom Sawyer tu, pernah menulis, "Baik kamu tutup mulut dan biarkan orang fikir kamu bodoh dari buka mulut dan hilangkan segala sangsi (akan kebodohan kamu)". 


Presiden ke-16 Amerika Syarikat pula pernah berkata, "Kadang-kadang kau boleh perbodoh semua orang pada satu-satu masa dan se-setengah orang pada semua masa. Tapi, kau takkan dapat perbodoh semua orang pada semua masa".

Jangan risau, aku tau semua percakapan dan perbuatan kita ini boleh jadi double-edged sword. Menikam dan ditikam. Abang sepupu aku, Bruce Lee sudah pesan, "Amarah boleh bikin kau senang-senang je nampak bodoh". 


No comments:

Post a Comment