Friday 15 July 2011

Fasal yang baru

Sedang hal berkait BERSIH dan pelbagai macam lagi soal sosio politik terus menarik minat dan semangat aku, malam ini dan mungkin lain-lain harinya aku ingin turut menulis soal peribadi.

Acapkali bila aku menulis di mana-mana medium pun, baik Inggeris mahupun Melayu, baik susunatur kata kemas mahu berterabur, aku biasa meluah rasa pedih, tragis dan kecewa. 

Dan sekarang, aku mahu cuba sesuatu yang baru. Mahu catit segala yang baik berlaku. Semoga bila dilihat balik akan timbul bait tentu.

Yang manis untuk hari ini; pagi biar bangkit sedikit lewat, syukur aku masih ada di sini. Sepagi mesyuarat, bersuara, berpendapat. Makan tengahari RM6.30 untuk 2 lauk, 1 sayur dan segelas sirap. Petang berpindah kubikel dan pulang. Mee Sedap memang sedap dan sekarang menonton The Daily Show dan ada cadang sambung baca Dr Asri 'Islam di Malaysia' versi Inggeris. Syukur.

No comments:

Post a Comment