Monday 11 July 2011

Penulis Pelancungan

Semalam, En. Azlie Halim ada menyatakan dalam tempoh yang sama tahun lepas, yakni pada bulan Julai 2010, pendapatan hasil kemasukan pelancung ke Malaysia adalah lebih kurang dalam lingkungan RM2 billion. Beliau ini sangat marahkan BERSIH kerana suspeknya ia boleh menjejas pendapatan sehingga 80% untuk sektor itu. Dari mana dia membuat andaian itu, saya tidak lah jelas. Harapnya, sebagai penulis, dia menulis dengan independen dan bila membuat simpulan, adalah dengan berlantaskan fakta dan figura. Tapi harap jangan lah pula bersumberkan syarikat RM300 ribu konsultansi fee untuk 1 akaun facebook. Syarikat sebegini "got money, will travel". Hehe... Jadi, saya tidak sabar menunggu tempoh 2-3 bulan lagi di mana hasil pendapatan akan di establish. Kalau tidak tunggu pun, kita tengok sahaja, Pak Arab sampai tak sini. Konsert-konsert jalan atau terbatal. 3 game persahabatan bola berlangsung atau tertunda. Tunggu dan lihat sahajalah termampu sekarang ini.


No comments:

Post a Comment