Friday 8 July 2011

Apa Cerita Ng Yen Yen?

Celik mata, aku teringat beberapa minggu lepas heboh kisah Ng Yen Yen selaku Menteri Pelancongan yang tidak ambil pusing tentang soal kewangan dan lebih utama urus tadbir serta strategi Kementerian naungannya. Supaya tidak dilabel pesimis, OK, mungkin benar dia naif kerana jawapan beliau sering bercanggah malah jelas datang dari seorang yang tidak celik IT! 

Namun begitu, apa yang jelas terdapat semacam ketidak tentuan dalam urus tadbir beliau. Biasanya kalau di sektor korporat, malah pentadbiran awam di kebanyakkan negara (yang lebih maju), Menteri akan bertanggungjawab. Satu cara membuat akuan dan jika terus dapat sokongan serta berjanji dapat buat perubahan dalam tempoh yang ditetapkan,  mungkin dia akan terus di tampuk kuasa. Jika sebaliknya, harus lah undur dan hadapi pertuduhan.

Tapi kini, isunya seakan mati. Satu lagi kecemerlangan institusi politik Malaysia!

No comments:

Post a Comment