Friday 8 July 2011

Komunis dan Kristian

Unsur komunis menyerap semula ke dalam negara!

Kristian cuba mengambil alih urus tadbir negara!

Bukan, aku bukan berbicara soal finding polis kita yang hebat itu dalam menangani disiden yang cuba memporak perandakan keamanan masyarakat marhain yang suka membuta, menuli dan membisu ini.

Hujung April yang lepas, buat yang alpa, Premier negara China, negara KOMUNIS terbesar dan terutama dunia baru sahaja mendapat layanan karpet merah dari PM 1Malaysia and co. Antara intipati pertemuan adalah untuk dikembangkan pelaburan dan kemasukan China ke dalam negara.


Iya, tepat sekali! Unsur komunis SEDANG menyerap semula ke dalam negara!

Juga, dengan keadaan negara yang sedang kalut dengan pelbagai ketidaktentuan, rakyat kecil dimomokkan dengan api kebencian, ditakutkan dengan sekatan, ditelanjangkan dengan ketidakbebasan berpakaian, PM 1Malaysia dengan selesanya masih mahu ke luar negara. Bukan calang-calang agendanya kali ini. Salah satu pertemuan utama adalah dengan Pope, Ketua Rasmi Agama Kristian di muka bumi! Sudah tentu antara intipati perbincangan mereka, selain daripada topik tidak kemana, soal Palestin dan sebagainya, Pope juga sudah tentu akan menasihatkan PM 1Malaysia tentang kegusaran beliau dengan cara urus tadbir negara ini.


Iya, tepat sekali! Kristian AKAN cuba mengambil alih urus tadbir negara!


Tapi, ah... Sukar aku nak katakan tentang pemimpin agama ini. Banyak yang pentingkan diri sendiri. Hukum halal haram sesuka hati.

Apa yang pasti, ringkasnya, lihat betapa senangnya soal yang mudah diseleweng seperti di atas. Kan?

No comments:

Post a Comment