Friday 8 July 2011

Lynas - Teknologi Dimansuhkan?

Tempoh hari saya ada terdengar satu bual bicara di radio. Soalnya tentang syarikat Lynas yang mahu buka kilang di Gebeng, Pahang negeri Sultan Bola. Hujah juruhebahnya adalah menentang Lynas serta usaha mencari/menghasilkan "rare earth" umpama menidakkan kelancaran teknologi semasa. Ujarnya bahan itu banyak diguna dalam teknologi hip semasa; smartphones, flat panel tv, kereta hibrid, dan pelbagai lagi. Jujur saya tidak pasti sejauh mana benarnya. 

Jujur juga saya tidak pasti ada mungkin teknologi berasas nuklear ini tidak akan memudaratkan masyarakat setempat, pekerja dan yang sewaktu dengannya. Khabarnya China jadi produser utama bahan ini dengan lebih 90% hasil keluaran. Jika benar, sudah tentu yang jadi persoalannya, jika "rare earth" itu menurut kata Lynas terdapat secara abundant/banyak/melimpah ruah di segala pelosok dunia, kenapa tidak Australia sendiri juga negara-negara lain berebut mahu jadi competitor dan lawan China dari jadi menguasa mutlak keatas komoditi untung ini? China pula setahu umum bukanlah negara berkebajikan, punya rekod cemerlang, gemilang dan terbilang terutama dalam soal urus tenaga buruh dan manusia.

Di atas adalah satu soalan naive dari akal saya yang masih dangkal dalam hal ini. Mungkin perlu menelaah lebih lanjut pro dan kontranya.

No comments:

Post a Comment