Sunday 10 July 2011

Kebodohan Media Massa Utama

Pertama, aku secara peribadi sentiasa ada rasa musykil dengan mana-mana media pun, baik arus utama mahupun sebaliknya. Banyak kali di kesan berita ke laut. Namun, sekarang aku cuma ingin bagi contoh simple yang mungkin kita terlepas pandang. Dalam breaking news NST dikhabarkan segala yang burok dan jijik akan aktiviti BERSIH. Mengganggu keamanan, merosak perniagaan, etc.etc. Malah seorang DOKTOR FALSAMPAH dari USM turut menulis tentang pemerhatian beliau akan perjalanan BERSIH. Aku gagal ke sana atas sebab kenduri perkahwinan teman rapat. Tetapi melalui informasi teman-teman rapat yang berjaya menaiki LRT (yang konon diberhenti perkhidmatan!), berbasikal, berjalan kaki ke pusat ibu kota, malah mengikut logik akal tanpa perlu memihak-mihak, penulisan beliau jelas sampah. Apa BERNAMA yang sepatutnya jadi pemangkin dunia journalism tempatan juga lebih pentingkan kenyang perut dan tahu sembah tuhan duit sahaja? Atau masing-masing risau kerjaya di hujung tanduk? At least, jika jujur, sebarkan lapuran baik dan buruk. Cuba BELAJAR jadi independent. Bantu sampaikan pro dan kontranya. Jadi objektif!

Cuma yang funny nya, BERANI pula NST sebarkan berita kota Bangkok terpilih World Best City 2011. Eh, bukankah di Bangkok, sehingga baru-baru ini pun, puak baju Merah dan baju Kuning terus bertelagah. Jalanraya terus diguna sebagai medan meluah pandangan dan menyeru sokongan? Awkward I must say wahai kamu golongan yang "bijak pandai"! 

No comments:

Post a Comment