Monday 11 July 2011

Kids on the... eh, dah nak kiok rupanya.

Bila dikata KIDS ON THE MOVE, dia bermaksud secara literal, KANAK-KANAK DALAM MOTION BERGERAK. Secara ilmiah pula boleh dikata mereka yang progresif, bukan dari segi musik sahaja, malah dan yang utama, dari segi pemikiran. Tidak kolot dan mudah terpengaruh dengan doktrin-doktrin basi yang banyak berkiblatkan sumber media utama dan punya upaya berfikiran kritikal dan kreatif. 


Ini bukan satu attack peribadi, tetapi terbit dari rasa perlu untuk menyedia hujah. Siapa mamat ini bukannya aku kenal mana pun. Setuju atau tidak, sendiri fikirlah! Kalau masih tak berpuas hati, ayuh debat secara bijaksana. Kalau nak gunakan senjata, ingat-ingatlah! Aku ini bukan gangster!

1 - Tumbang kerajaan lama,tumbuh kerajaan baru yg corrupt lg satu,politik mmg xpernah bersih, bersyukur jela ngan ape yg ade skang ni.

Exactly! Aku setuju dengan statement ini. Cuma aku was-was, apakah bermakna kau idamkan dunia socialist atau utopian communism? Apa aku maksudkan adalah total freedom from any sort of governance. Bukannya dictatorship yang mengguna nama sosial dan komunis. Jikalau iya, welcome to my world of dreamers! Tetapi jika demokrasi pilihan kita, atau jika bukan pun, kita memilih atau terpaksa hidup dalam masyarakat yang memilih jalan itu, maka jika kita ada rasa tanggungjawab, maka pilihanraya adalah caranya. Hasil dari piliharaya, akan muncul pemenang. Pemenang akan jadi pemerintah. Pemerintah akan ada yang sikapnya adil dan akan ada cebisan dari puaknya, menjadi penggila harta dan kuasa. Korupsi akan mula menular. Barah akan semakin parah. Itu kita bercakap soal after effect. 

Rakyat sebagai doktor ada kuasa untuk buang barah itu. Operation mungkin berkali-kali. Pesakit (read: negara) boleh jadi makin sembuh mahupun makin tenat. Umur pesakit boleh jadi dilanjut mahupun dikerat. Sampai masanya, pesakit akan mati. Umurnya boleh menjangkau ratusan malah ribuan tahun. Tetapi umurnya juga boleh cuma tinggal beberapa tahun. Patah tumbuh, hilang berganti.

Mengerti? Kembali pada soal tadi, kerap kali kita cuba dikata tidak bersyukur. Jujur, sikap itu lah menunjukkan mereka yang tidak bersyukur. Nampak, tahu dan terkadang terasa tempiasnya, tetapi cukup malas untuk cuba memberi tangan membantu membaikpulih. Need to say more, huh?

2 - Xnmpk pun ape kerajaan baru buat?selangor contohnye,ade ape?makin tmbah hutang negeri,pemimpin mcm lembu,makin tambah rumah urut plak kat shah alam,haha,jgn smpi negara tergadai dah la,cube check latar belakang ambiga sebelum menyokong.

Panjang lebar jadinya nanti. Dikata pula penyokong tepu PR mahupun PKR. Tetapi kau beritahu yang lain mintak check siapa Ambiga. Boleh kau bagi profile siapa Ambiga? Hak hak hak... 

Rumah urut di Shah Alam? Berikan alamat dan di seksyen berapa. 

Ini bercakap orang tak faham perlembagaan. Bercakap orang tidak faham bagaimana state dan federal berfungsi. Bercakap tidak tahu apa bidang kuasa yang itu dan yang ini. Bercakap tempayan kosong.  Bercakap orang bodoh dan sombong. Sebab kalau orang yang berniat untuk belajar, caranya halus dan tulus. Bertanya dan menyoal.


3 - Baru sikit tanjung pagar,dari us ngan nwo masuk campur besok xpsal2 tergadai negara,kesian yg kite jd kuda,yg menunggang org lain,tula,kaji dulu ambiga tu,ade dgr x cina ngan india sibuk nak pg bersih besok?xdekan?sebab diorg tepuk tgn kat rumah,lg satu xlama lg malaysia ni akan jd negara liberal,itu tujuan diorg

Wahai si bijak, negara memang sudah lama "tergadai". Tahu apa itu FDI? Tahu apa itu DTA? Tahu apa itu repatriation? Tahu apa itu tax holiday? Huh. USA, NWO (new world order? wow! - panjang kalau mahu menulis soal ini, tapi since kamu bijaksana, cuba terangkan secara ringkas what makes you think we are yet not part of those who conspire?)? Kuda? Kita sudah lama dikuda KFC, Pepsi, Cola-Cola, McD, hardcore, punk, K-pop, World Cup, rare earth, kilang electronics, western digital blah blah blah...Itu kalau mengikut tafsiran kamu soal BERKUDA ini lah. Haih. Dan separuh jalan ni terasa macam perabih beras plak menulis.


4 - Tu pasal aku suh kaji dulu,haha,satu je aku tanye nape bangsa lain x campur benda ni?and kenapa bersih ni nk buat kat area org melayu?tu pasal kaji dulu,mmg semangat nk bersihkn politik,ape2 kerajaan mmg corrupt,tp kalau yg memimpin bersih ni org yg betul aku pun sokong,tu pasal aku suh kaji dulu,oh ambiga adalah salah sorg yg paling berusaha utk menegakkan hak kebebasan agama kat malaysia ni,paling anti islam dan paling sokong kes lina joy,so??????

Malas la panjang-panjang. You tengok lah sendiri, semua kaum ada. Bangla dan Nepal pun ada. Auch... Anti betul you dengan Ambiga ye. Auch...

5 - Yela hak masing2,ni point diorg nk bg melayu bertekak sesame sendiri,haha,aku just share ape yg aku tau,bak terima or x terpulanglah :)

Melayu? Tak selesai lagi? 


Bukan niat mahu menyampuk, tapi terpanggil untuk berkongsi. Aku pun macam kau, just nak share apa yang aku betul-betul tahu, bukannya sekadar "tahu". Kalau benda yang aku tak tahu, aku mahu juga belajar. Kalau salah, aku betulkan. Setuju atau tidak, bukan pokoknya. Tetapi hidup aku paling-paling pun 60-70 tahun. Aku tak mahu tinggalkan generasi bawah aku, dunia yang arrogant dan ignorant. Itu sahaja. 

No comments:

Post a Comment